Radio Malaysia NEGERIfm (Dalam Talian)

Wednesday, 16 May 2012

Apakah maksud sebenar kemajuan, jika tanggungjawab hakiki menjaga warga emas dipinggirkan generasi muda?

Persoalan dilontarkan Menteri Besar-Datuk Seri Mohamad Hasan kepada lebih 600 penduduk Kuala Sawah,Rantau yang menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Menteri Besar, anjuran Persatuan Wargamas, malam semalam.
  
Ujarnya, Kempen Sayangi Warga Emas, dilancarkan di negeri ini, kerana beliau percaya belum terlambat untuk mendidik penduduk agar mempunyai perasaan kasih sayang dan simpati terhadap warga emas yang uzur.

Justeru, usaha persatuan warga emas Kuala Sawah dalam menganjurkan makan malam bertujuan mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti masa lapang mendapat pujian menteri besar.

Walaupun sudah berumur, mereka harus melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti bersenam, kerana cara hidup yang sihat mampu memastikan warga emas terus menabur jasa dan bakti kepada masyarakat dan negara.

Menteri besar turut menyampaikan sumbangan 15 ribu ringgit dalam  majlis makan malam yang disertai pemimpin masyarakat, penduduk sekitar dan murid sekolah.###

.....ends/mala

0 comments:

Post a Comment